Thursday, October 7, 2010

URAT KE AURAT

Sebenarnya masalah aurat telah lama menjadi topik perbahasan di kalangan orang islam. Namun masalah ini tidak juga selesai kerana sikap ambil ringan oleh semua pihak. Semua orang Islam mengetahui apa itu aurat dan batas-batas aurat samada lelaki mahupun perempuan.
Aurat adalah dari perkataan arab yang bermaksud keaiban. Aurat juga ialah bahagian yang perlu ditutup atau dijaga daripada dilihat oleh orang lain atau dicemari oleh orang lain. Oleh itu aurat merupakan sesuatu yang amat berharga bagi seseorang dan harus dijaga dengan sebaiknya.
Batas-batas aurat.



Aurat lelaki ialah antara pusat dan lutut. Ianya perlu di ambil kira dari semua kedudukan samada duduk, berdiri, berbaring , berjalan atau bermain. Lazimnya kita dapat lihat pemain bola sepak hanya berseluar pendek yang jelas menampakkan lutut dan sebahagian pehanya.
Aurat wanita pula seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu wanita seharusnya menjaga aurat mereka dari dilihat oleh orang lain yang bukan mahramnya. Namun begitu mahramnya juga terdiri daripada beberapa keadaan.
Dalil yang jelas mewajibkan seseorang itu menutup aurat dalam surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.
Amat jelas firman Allah di atas yang merupakan perintah menutup aurat kepada umat Islam seluruhnya
.




Berbalik kepada keadaan sekarang, banyak masalah aurat yang ditimbulkan oleh mereka yang tidak tahu dan yang tahu sekalipun tidak mengambil peduli tentang masalah aurat. Apa yang pastinya permasalahan ini akan dipersoalkan oleh Yang Maha Agung suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment