Thursday, October 21, 2010

etika pergaulan

Ukhuwah merupakan suatu perkara yang amat dituntut dalam Islam. Ianya adalah untuk merapatkan hubungan di antara sesama saudara seIslam. Ukhuwah juga adalah suatu sifat semulajadi yang akan timbul apabila berlakunya interaksi samada dalam kumpulan yang kecil mahupun besar. Namun begitu, dalam membina ukhuwah terdapat juga batas-batas yang membataskan pergaulan dikalangan lelaki dan perempuan dalam menjaga ikhtilad.

Dalam kehidupan hari ini, kita dapat lihat berlakunya pelbagai gejala yang buruk akibat daripada pergaulan yang tidak terkawal. Seperti contoh, kelahiran bayi tanpa nikah yang makin meruncing dan tidak pernah putus, berlakunya kes rogol, kes khalwat dan banyak lagi gejala yang disebabkan pergaulan. Mari kita lihat bagaimana Islam mengatasi masalah ini....
Islam telah menggariskan batas-batas dalam pergaulan dan etika yang perlu diketahui oleh setiap lelaki dan perempuan :

1. Hendaklah menundukkan pandangan: ALLAH telah memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)


Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)


2. Mestilah menutup aurat; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya hijab di antara lelaki dengan perempuan; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan ; Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)



6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir). Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Batas-batas yang digariskan merupakan cara terbaik untuk mengawal gejala yang buruk dan mencegah berlakunya kejadian yang tidak diingini. Bagaimana pula dengan mereka yang bercinta (couple)??????????.......

Thursday, October 7, 2010

URAT KE AURAT

Sebenarnya masalah aurat telah lama menjadi topik perbahasan di kalangan orang islam. Namun masalah ini tidak juga selesai kerana sikap ambil ringan oleh semua pihak. Semua orang Islam mengetahui apa itu aurat dan batas-batas aurat samada lelaki mahupun perempuan.
Aurat adalah dari perkataan arab yang bermaksud keaiban. Aurat juga ialah bahagian yang perlu ditutup atau dijaga daripada dilihat oleh orang lain atau dicemari oleh orang lain. Oleh itu aurat merupakan sesuatu yang amat berharga bagi seseorang dan harus dijaga dengan sebaiknya.
Batas-batas aurat.



Aurat lelaki ialah antara pusat dan lutut. Ianya perlu di ambil kira dari semua kedudukan samada duduk, berdiri, berbaring , berjalan atau bermain. Lazimnya kita dapat lihat pemain bola sepak hanya berseluar pendek yang jelas menampakkan lutut dan sebahagian pehanya.
Aurat wanita pula seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu wanita seharusnya menjaga aurat mereka dari dilihat oleh orang lain yang bukan mahramnya. Namun begitu mahramnya juga terdiri daripada beberapa keadaan.
Dalil yang jelas mewajibkan seseorang itu menutup aurat dalam surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.
Amat jelas firman Allah di atas yang merupakan perintah menutup aurat kepada umat Islam seluruhnya
.




Berbalik kepada keadaan sekarang, banyak masalah aurat yang ditimbulkan oleh mereka yang tidak tahu dan yang tahu sekalipun tidak mengambil peduli tentang masalah aurat. Apa yang pastinya permasalahan ini akan dipersoalkan oleh Yang Maha Agung suatu hari nanti.